Showing posts with label kuala krai banjir. Show all posts
Showing posts with label kuala krai banjir. Show all posts

Thursday, November 28, 2024

Banjir: 8 Jalan Utama Jajahan Kuala Krai Ditutup Kepada Semua Kenderaan

Createbackk -  Lapan jalan utama di jajahan Kuala Krai ditutup kepada semua kenderaan selepas ditenggelami air berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat, berkata antara jalan yang ditutup ialah Jalan Bukit Sireh/Kampung Bedal/Kuala Nal; Kilometer (KM) 2.5-KM 2.7 berdekatan Pejabat RISDA; dan Jalan Guchil/Batu Balai/Simpang Tiga Sungai Pahi.

Selain itu, Jalan Sungai Durian/Chenulang berdekatan Kampung Sepuloh dan Kampung Batu Arang; Jalan-jalan Perkampungan Guchil berdekatan PKD Kuala Krai; serta jalan masuk ke Kampung Baru Pahi juga ditutup kepada semua kenderaan.

"Pada masa sama, Jalan Kota Bharu-Gua Musang Seksyen 328.2 berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Durian, serta Jalan Kota Bharu-Gua Musang Seksyen 327.3 berhampiran jalan lama Tok Bok turut ditutup kepada semua kenderaan," katanya ketika dihubungi.

Mazlan berkata, lima jalan pula ditutup kepada kenderaan ringan, iaitu dari Simpang Tiga Sungai Pahi ke Kampung melalui Simpang Tiga Chuchoh Puteri dan dari KM29.6 ke Lebuh Raya Kuala Krai-Gua Musang ke kawasan Lata Rek.

Baca Juga : 799 Pelajar Jadi Mangsa Jenayah Rogol Tempo Jan - Jun

"Selain itu, Jalan Sungai Durian/Chenulang di Kampung Batu Arang, jalan lampu isyarat Guchil ke Bandar Kuala Krai, serta Jalan Kota Bharu-Gua Musang berdekatan Kuarters Polis Sungai Durian turut ditutup kepada kenderaan ringan," katanya.

Kerajaan Malaysia Haramkan 3 Buku

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301] berkuat kuasa pada 21 d...