Saturday, February 8, 2025

Kerajaan Malaysia Haramkan 3 Buku

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301] berkuat kuasa pada 21 dan 22 Januari lalu terhadap tiga tajuk penerbitan yang mungkin memudaratkan kemoralan melalui Warta Kerajaan.

KDN melalui kenyataan hari ini berkata, tiga tajuk itu adalah "My Shadow Is Purple" oleh Scott Stuart melalui Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) 2025 [P.U.(A) 26]berkuat kuasa pada 21 Januari lalu.

Menurutnya, bagi "Koleksi Puisi Masturbasi" oleh Amir Hamzah Akal Ali (Benz Ali) pula melalui Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) (No. 2) 2025 [P.U.(A) 31] berkuat kuasa pada 22 Januari lalu.

Satu lagi penerbitan adalah All That's Left In The World" oleh Erik J Brown melalui Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) (No. 3) 2025 [P.U.(A) 32] berkuat kuasa pada 22 Januari lalu.

Perintah Larangan di bawah Akta 301 ini adalah berasaskan konsep kawalan dan pencegahan sebelum suatu ancaman atau kemudaratan itu berlaku," katanya.

Menurut KDN, dalam masa yang sama, masyarakat turut mendapat pendedahan dan kesedaran mengenai hasil-hasil penerbitan yang tidak diingini dan tidak sesuai untuk bacaan umum.

"Tindakan Perintah Larangan bagi semua hasil penerbitan yang berkenaan adalah selaras dengan peruntukan mengikut subseksyen 7(1) Akta 301 yang menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan tiga hasil penerbitan terbabit yang mungkin memudaratkan kemoralan adalah dilarang secara mutlak di Malaysia.

"Adalah diingatkan bahawa, berdasarkan peruntukan mengikut subseksyen 8(2) Akta 301, mana-mana individu yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar, atau ada dalam milikannya bagi apa-apa juga maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan melakukan suatu kesalahan," kata kenyataan itu.

Ia boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

"Kerajaan ingin menyatakan komitmen yang berterusan dalam melaksanakan tindakan kawal selia dan penguatkuasaan terhadap mesin cetak dan hasil penerbitan khususnya bagi mencegah penyebaran elemen, fahaman mahupun gerakan yang bercanggah dengan sosiobudaya tempatan selaras dengan peruntukan perundangan yang berkuat kuasa demi keharmonian dan kesejahteraan bersama.

No comments:

Post a Comment

Kerajaan Malaysia Haramkan 3 Buku

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301] berkuat kuasa pada 21 d...