Thursday, November 28, 2024

Banjir: 8 Jalan Utama Jajahan Kuala Krai Ditutup Kepada Semua Kenderaan

Createbackk -  Lapan jalan utama di jajahan Kuala Krai ditutup kepada semua kenderaan selepas ditenggelami air berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat, berkata antara jalan yang ditutup ialah Jalan Bukit Sireh/Kampung Bedal/Kuala Nal; Kilometer (KM) 2.5-KM 2.7 berdekatan Pejabat RISDA; dan Jalan Guchil/Batu Balai/Simpang Tiga Sungai Pahi.

Selain itu, Jalan Sungai Durian/Chenulang berdekatan Kampung Sepuloh dan Kampung Batu Arang; Jalan-jalan Perkampungan Guchil berdekatan PKD Kuala Krai; serta jalan masuk ke Kampung Baru Pahi juga ditutup kepada semua kenderaan.

"Pada masa sama, Jalan Kota Bharu-Gua Musang Seksyen 328.2 berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Durian, serta Jalan Kota Bharu-Gua Musang Seksyen 327.3 berhampiran jalan lama Tok Bok turut ditutup kepada semua kenderaan," katanya ketika dihubungi.

Mazlan berkata, lima jalan pula ditutup kepada kenderaan ringan, iaitu dari Simpang Tiga Sungai Pahi ke Kampung melalui Simpang Tiga Chuchoh Puteri dan dari KM29.6 ke Lebuh Raya Kuala Krai-Gua Musang ke kawasan Lata Rek.

Baca Juga : 799 Pelajar Jadi Mangsa Jenayah Rogol Tempo Jan - Jun

"Selain itu, Jalan Sungai Durian/Chenulang di Kampung Batu Arang, jalan lampu isyarat Guchil ke Bandar Kuala Krai, serta Jalan Kota Bharu-Gua Musang berdekatan Kuarters Polis Sungai Durian turut ditutup kepada kenderaan ringan," katanya.

Monday, November 25, 2024

799 Pelajar Jadi Mangsa Jenayah Rogol Tempo Jan - Jun

Createbackk - Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan sebanyak 799 pelajar dilaporkan menjadi mangsa jenayah rogol antara tempoh Januari hingga Jun lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata dalam tempoh sama juga, pembabitan pelajar dalam kegiatan jenayah seperti buli dan gangsterism didapati semakin meningkat.

Beliau berkata, sejumlah 237 pelajar direkodkan terbabit dengan jenayah kekerasan ini seperti mencederakan merusuh, ugutan jenayah, pemerasan, gaduh gempar dan khianat.

Katanya, walaupun statistik pelajar jadi mangsa jenayah rogol yang direkodkan itu kecil, tindakan pencegahan adalah mustahak bagi membanteras jenayah tersebut.

"Walaupun jumlah tersebut adalah kecil berbanding jumlah pelajar sekolah rendah dan menengah yang melebihi lima juta orang, namun tindakan pencegahan penting bagi mengekang peningkatan pembabitan di masa hadapan," katanya.

Peratusan itu dibacakan oleh Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad pada majlis pelancaran Kit Duta Sahsiah Peringkat Kebangsaan 2024 di Pusat Kovensyen HGH di sini hari ini.

Kit Duta Sahsiah itu dilancarkan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. Hadir sama, Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan.

Dalam usaha mengekang peningkatan kes jenayah dalam kalangan murid sekolah, Razarudin berkata, PDRM menghasilkan Modul Kesedaran Jenayah Terhadap Kanak-Kanak dan Remaja (MESRA).

Beliau berkata, MESRA mempunyai lapan sub modul seperti kesalahan seksual, buli dan gangsterisme, penyalahgunaan dadah, kesalahan lalulintas, pemerdagangan orang, penipuan dalam talian dan kesihatan mental.

"Kementerian Pendidikan (KPM) dan PDRM akan terus memperkukuhkan kerjasama dengan mempelbagaikan inisiatif termasuk pembabitan PPS dalam memantau dan menangani isu salah laku disiplin pelajar di sekolah.

Baca Juga : Mesir dan Malaysia Sepakat Hentikan Keganasan di Palestina 

"PDRM menyokong sepenuhnya inisiatif pelantikan Duta Sahsiah dalam kalangan pelajar di peringkat sekolah dan saya percaya ia akan memberi aspirasi yang lebih memberangsangkan dalam kalangan murid.

"Ikon Duta Sahsiah yang ada di setiap sekolah ini boleh memberikan pengaruh tersendiri, menginspirasi rakan murid yang lain untuk meneladani personaliti, tingkah laku dan perwatakan baik yang dipamerkan," katanya.

Sunday, November 10, 2024

Mesir dan Malaysia Sepakat Hentikan Keganasan di Palestina

Malaysia dan Mesir sepakat untuk mengambil langkah lebih tegas dan proaktif bagi memastikan keganasan di Palestin dihentikan.

Pendirian ini dicapai dalam pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi di Al-Ittihadiya di Kaherah.

Anwar mengadakan kunjungan hormat kepada Presiden Mesir sekitar jam 11 pagi waktu tempatan.

Tambah Anwar, Malaysia menyanjung usaha Mesir bersama Qatar dan Amerika Syarikat sebagai perantara untuk menamatkan kezaliman rejim Zionis Israel.

Anwar dan Presiden Sisi turut membincangkan keadaan yang semakin meruncing di Lubnan, yang berpotensi mencetuskan konflik lebih meluas di Asia Barat.

Perbincangan mereka juga menyentuh pelbagai langkah konkrit untuk memperkukuh hubungan strategik kedua-dua negara, termasuk kerjasama dalam bidang pelaburan, perdagangan, minyak sawit, industri halal, pendidikan, pelancongan, kesihatan, sumber asli, dan tenaga boleh baharu.

Selain itu, dengan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun hadapan, Anwar berkata pihaknya komited dalam usaha merapatkan hubungan blok negara Asia Tenggara bersama Mesir.

Anwar turut menyentuh soal BRICS, di mana Malaysia menghargai sokongan Mesir terhadap penyertaan Malaysia sebagai rakan kerjasama dalam gabungan ini.

Selepas ini, beliau dijadualkan untuk memberi ceramah umum di Al-Azhar Conference Centre.


WCE Banting Gelang Patah di Jangka Pacu Perubahan Sepanjang Laluan

Pembinaan Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) jajaran Banting ke Gelang Patah dijangka memacu perubahan pembangunan kawasan terlibat.

Timbalan Menteri Kerja Raya Ahmad Maslan berkata, pembinaan WCE di jajaran itu antaranya dapat memberikan manfaat pelebaran dan penambahbaikan jalan raya di kawasan terlibat.

WCE akan disambung ke Selatan dan melalui daerah seperti Batu Pahat, Tanjung Piai (Pontian) sampai ke Gelang Patah.

“Apabila melalui kawasan berkenaan, seperti Pontian, mungkin jalan raya di daerah itu suatu ketika nanti akan menjadi kepada empat lorong,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana meluluskan projek itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Malaysia Iconic Rally Championship 2024 semalam, lapor Bernama.

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook sebelum ini dilaporkan berkata, WCE akan menjadi laluan alternatif bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang sering dihadapi pengguna di Lebuh Raya Utara Selatan.

Katanya, selain menyuraikan kesesakan lalu lintas, projek dalam perancangan itu juga memberi kesan positif dalam memacu kemajuan di kawasan sepanjang laluan, sekali gus menyumbang kepada ekonomi setempat.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Okt lepas mengumumkan WCE Banting-Gelang Patah yang mengguna pakai pendekatan Kerjasama Awam-Swasta akan diberi keutamaan tahun depan.

Ketika ini, satu-satunya lebuh raya yang menghubungkan Johor ke Lembah Klang bagi pengangkutan darat seperti lori, bas, kereta dan motosikal ialah Lebuh Raya Utara Selatan, yang dibuka pada 1994.

Kerajaan Malaysia Haramkan 3 Buku

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301] berkuat kuasa pada 21 d...